Tasik Kenyir - Air Terjun Saok

>> 4.28.2012


Kami ke sana lalu jalan yang aku pn tak tau nama dia. Lepas 30 minit camtu sampai la kami kat simpang masuk Tasik Kenyir. Perghh..jalan dia azab. Lopak besar-besar. Memang pelan-pelan je bawak kat situ. Sampai-sampai je ada abang bot yang bertanya dan menawarkan servis. Cek punya cek rega kami sepakat nak amek pakej RM150 untuk 2 pulau. Pulau Herba dan Air Terjun Saok.

Punggah barang-barang makanan yang patut, kami pun naik le bot menyusuri Tasik Kenyir. Destinasi pertama Pulau Herba, tapi tu aku skip dulu gambar takde. Kat Pulau Herba, bot akan tunggu 20 minit. Kat Air Terjun Saok punye pulau plak sejam dia tunggu. Jadi campur perjalanan dalam 2 jam la untuk RM150 tu. Dia kira harga satu bot. Kalau sorang pn rega tu le. Kalau korang nk lepak lama kat satu-satu pulau tu, memang bot tu balik dulu kena caj lagi la.



Ni le rupa Jeti Tasik Kenyir.

IMG_6237


Antara penumpang yang hadir. Along dan Haqqi ada di belakang aku masa ni. Tak masuk gambar plak.

Air Terjun Saok Tasik Kenyir

Haaa..ni la pulai Air Terjun Saok tu. Air tasik ni kehijauan je. Orang kata kalau hijau maksudnya dalam. Ntah le. 

Air Terjun Saok Tasik Kenyir

Cembam sempat berposing kat pintu masuk Air Terjun Saok ni. Hehehe

Air Terjun Saok Tasik Kenyir

Ni le rupa air terjun dia. Menakutkan skit nak ke tengah-tengah ke apa. Sebab ke kiri lagi tu memang terus air yang terjun ke bawah. Berbatu-batu kat sini. Nak manjat ke atas tu malas. Memang port kat sini je le kami.

<

Amacam..best kan...sapa2 yg ada DSLR, cara nak wat air tu nampak camni adalah dengan kurangkan kelajuan shutter speed anda. Jadi la efek cam kapas ni.

Air Terjun Saok Tasik Kenyir

Along dan Haqqi. Ni macam post-wedding honeymoon ni. Cuma kami wat sibuk la. Ekekeke. Mekasih banyak-banyak-banyak Along sebab belanja naik bot yee. Moga murah rezeki untuk belanje kami lagi. Ekekekeke.

Aku sebelum pergi memang dah sedia singlet dan seluar 3 suku sebab berharap dapat mandi air terjun. So, memang tak tunggu dah. Sejam je pn botman tunggu kan. Aku dan Haiqal je la yang berendam dah kami je bawak baju spare.

Air Terjun Saok Tasik Kenyir

Haaa..best kan..cara beb!!! Tips utk gambar dia atas plak, lajukan shutter speed korang. Sebenarnya nak wat efek kapas cam gambar atas tadi. Tapi sebab Cembam tak besa, gambar tak sharp focus due to the slow shutter speed tu. Jadi aku lajukan shutter speed dapat la gambar camni. Nice job Cembam yeee

Air Terjun Saok Tasik Kenyir

Puas berendam, makan bekalan yang dibawa dan amek gambar. Aku terjumpa plak sorang puteri bunian ni tengah rendam-rendam kaki. Baru balik Disneyland kot Puteri bunian ni sebab baju Disney. Akakakakkaa!!!

Air Terjun Saok Tasik Kenyir

Then tetiba datang plak puteri-puteri bunian yang lain ditemani goblin sekor kat depan tu. Ahahahahaha!!!

Hmm..memang best. tapi kalau dapat lepak lagi lama..lagi lah best kot. Leh explore apa ada kat atas nu. Tapi air memang laju. Tu aku lepak tepi2 je tu.

0 comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP