Pasar Payang Kuala Terengganu. Bot Penambang Seberang takir
>> 9.20.2010
Hari terakhir Ramadhan, aku sudah pun berada di rumah mertuaku untuk beraya bersama mereka dan isteri ku buat kali pertama. Alhamdulillah..tak jem pun masa nak ke Kuala Terengganu. Kami sempat membeli persiapan terakhir hari raya. Wife ku gi ambik gelang dia yang mintak dibetulkan dan ditambah dengan 'rantai keselamatan'.
Kami sepakat naik bot penambang je instead of driving sbb dah tau memang pack with people punya kat Pasar Payang tu.
Antara bot penambang yang beroperasi dan mengambil penumpang. Tiket dibayar secara berpusat di kaunter tiket yang disediakan di jeti tersebut. Hanya seringgit je tambang sehala. Takkan ada masalah penipuan ke apa ke.
Tak sampai seploh minit dah sampai ke seberang...tak jauh mana pun. Berenang pn sampai..tapi mungkin raya ketujuh la baru sampai...ahahahaha~~~
Ada juga perkhidmatan beca kat sini kalau sesiapa teringin. Tapi time2 puasa, panas terik pula tu..mana la sampai ati nak suruh si tua tu mengayuh basikal bawak kita yang berat dosa ni.
Aku tengok kedai emas dekat Pasar Payang tu bukan main ramai lagi. Ada la pulak kedai tu dalam 6 kedai, satu kedai tu je aku tengok lengang. Yang lain ramai benor umat manusia dalam tu.Tengok saja lah punggung-punggung dalam kedai bawah tu. Bersusun yang cari emas, yang jual emas dan pikap emas yang dihantar repair. Sume-sume lah.
Bandar Kuala Terengganu ni takde la macam bandar KL. Kedai-kedai dia pun standard bangunan-bangunan lama. Yang beritngkat-tingkat tinggi memang takde la yang sampai melangit. Aku sempat cari kasut di Kedai Bata Kuala Terengganu tu untuk ayah mertua aku.
Kat dalam pasar payang plak memang lah mcam-macam jual. Sebut je. Kuih raya, baju raya,yang tak raya punya barang pun banyak. Aku paling minat nak beli kat pasar payang ni memang jeruk-jeruk dan asam-asam dia la. Aku beli asam merah yang aku pn tak tau apa nama dia tu sekilo terus. Haaa..stok sambil buat kerja kat opis tu kasi terus cargas.
Memang macam-macam ada lah pasar payang ni. Dan kalau duduk area seberang takir dan hulu takir tu, takyah la masuk bandar dengan kereta. Parking pun susah..baik naik bot penambang je. Settla masalah.
0 comments:
Post a Comment