Masjid Besi / Masjid Kaca @Putrajaya
>> 7.14.2010
Masjid ini dibina dengan rekabentuk yang me'nangkap' sebanyak-banyak angin yang sepatutnya bertiup masuk ke ruang dewan utama sembahyang. Ia adalah senibina masjid dengan kebergantungan pengudaraan semulajadi, tanpa pendingin hawa.
Dibina bersebelahan dengan Tasik Putrajaya, angin yang bertiup adalah penyejuk jemaah di sini. Bahagian tepi masjid juga tidak berhadang secara kesluruhan. Anda boleh menikmati pemandangan luar dari bahagian dalam masjid seperti anda boleh lihat melalui gambar-gambar di atas
Senibina dalaman masjid nya seindah masjid-masjid utama di negara. Dengan ukiran nya yang tersendiri, nyata ia seindah masjid-masjid lain yang terdapat di Malaysia. Ruang sembahyang nya luas. Bahagian atasnya tidak pernah lagi saya lihat digunakan sepanjang saya di sana untuk mengerjakan sembahyang jumaat.
Dari Masjid, ianya bersambung dengan bangunan sebelah yang mempunyai gerbang era milenium yang saya tidak pasti apa namanya. Akan saya kongsi di entri yang akan datang
Ruang parking nya bertingkat-tingkat. Ruang wudhuk dan tandasnya begitu luas dan dijaga kebersihannya di tahap optimum. Ruang tandas nya seperti tandas hotel bertaraf 5 bintang.Selesa sekali dan sudah pasti ada untuk lelaki dan jemaah wanita.
Saya hanya berkesempatan untuk mengambil gambar masjid ini dari dalam sahaja ketika menunaikan maghrib jemaah di sana. Ada masa saya akan ambil gambar keseluruhan bahagian masjid ni. Oh ya..dan gambar-gambar ini juga tidak diedit..=]
6 comments:
niceeee...
dan2 tukau gantinama 'saya'.. seswai la dgn entry masjid. heheh
kih kih..mekasih atas komen saudari
menarik gambo2 ko nie, mmg dlm masjid leh amek gambo ker?
aku amek je..tk pakai flash..orang tak kisah la kot..aku siap amek depan pak guard lagi..shutter speed pn silent sound kan
I went to this mosque several times already. The design is very beautiful and the place is peaceful. =)
Wishing you a day filled with cheerful surprises and smiles!
My site:123bokvip
Post a Comment