Anas & Ayu

>> 11.13.2008

Ahad lepas Aman mintak aku tag dia utk wedding shoot berdekatan downtown Cheras. Kenduri belah Melaka telah pn selesai yg mana Pradis dan Aman telah pn merakamkan saat indah mereka di sana. Kali ini, Pradis tidak dpt hadir dan membantu Aman. Maka, Aman meminta aku utk tag bersama dia hari itu.


Majlis diadakan di dewan belia kawasan tersebut. Kami tiba di dewan pukul 10.30 pg dan terus mengenyangkan diri sblum pengantin sampai. Alunan marhaban dlm dewan itu tampak hambar bila para tamu kelihatan agak tidak meminati acara tersebut. Mungkin kalau Mawi yg marhaban berduyun yg mahu mendengar.


Tiba saja pengantin kami terus shoot dr kereta smpi la masuk ke dewan. Tema putih hari tu mmg sgt kena dengan persekitaran. Cat bangunan menonjolkan lagi warna pakaian sandingan mereka. Beratus gambar kami ambil petang itu. Berbekalkan pengalaman shoot2 sebelum ni..aku tidak lg kekok dengan cahaya malap dewan. Penggunaa SB800 digunakan sepenuh hati..=].


Selesai majlis, kami amik gambar outdoor di sekitar dewan. Tamat dalam pukul 4 ptg. Aku ke surau, semayang zuhur lewat dan terus pengsan di rumah...ehehe..Ni sedikit gambar petang itu. Lagi di Flickr aku.

Kami dari simbolique mengucapkan terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami utk merakamkan detik manis anda...












0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP