Family Outing 28-29 November 2009

>> 3.10.2010

Lepas Raya Haji tahun lepas kami memang plan untuk ziarah keluarga Fikri. Maklum la masa tu diorg berdua (adik aku dan Fikri) nak kahwin dah. Tak penah ke sana. Niat asal si Nurul tu nk pegi fitting baju. jadi alang2 kami sekeluarga ke sana berjumpa keluarga Fikri sambil bincangkan skit pasal kenduri.

Fikri bawa kami ke The Carnivall. Taman tema air kat Sungai Petani. First time gak jejak kaki tempat camni. Aku dengan seluar 3 suku aku...mmg dh siap dlm beg mmg ready le. Aku lupe berapa bayaran masuk dia. Dari parking lot dh nampak la gelongsor dia dari luar.

family outing - the carnivall


let's get wet - the carnivall 

Memang ramai juge le orang..kami pergi tu lepas asar tak silap. Sampai2 je cari port nak duduk. Mak mmg tak nak masuk air. Kakak dan Osman pn tak berendam. Kiranya ni ala2 honeymoon le sebab diorg baru kawin masa ni. Aku terus bukak baju n gi pnjat tangga nak main gelongsor air tu. Sekali takleh plak pakai suar panjang berzip. Kira kena pakai suar tight le. Adik aku bengang je dengan penjaga tu. Tp mmg tu rule dia kan. So aku ngan fikri je leh gelongsor..yihaaaaa~~~~

Tapi bila 2nd time nk gelongsor kitorg pn kena tegur...suar kami ada mcm pengikat tali kat ujung bawah suar...roller..haaa..so mmg sekali tu je la. Kira gampang gak le rule dia kat taman tema air ni. tak best le.

pick one!! - The Carnivall


Waterpark 

Habis berendam and rasa penat, kami pn blah la dari situ. Ada 2 gelongsor kat situ. yg lagi satu gelongsor tu kena naik pelampung. Berdua..aku naik dua kali gak. Sekali ngan adik pompuan aku, lagi sekali dengan yg lagi sorang...rasa nk terlepas dari platform..hahahaha...mmg syiok
going home - The carnivall 

Esoknya, kami ke Pekan Rabu. Pergi pagi keesokan harinya. Macam pasar payang la lebih kurang tempat ni. Jual macam2. Mula2 mcm nk belikan tudung untuk cembam..tp takde yg berkenan..belek punya belek upanya dh smpi kedai last..malas dh nk patah balik..ahahahaha

Pekan Alor Setar 

Then kami ke City Mall. Sekali gi main boling daaa..kat Kedah pn layan boling gak. Tp aksi main boling tak sempat la nk letak satu2..hehhee...tempek gambar berkumpulan la lepas game tu..huhuu..

bowing at Alor Setar 

Balik petang 29hb tu, kami singgah makan char kuey tiaw nye tempat kat Sungai Udang..Huhuhu...layan gak la char kuey tiaw dia. So tolak balik malam...smpi dlm kul 2 pagi gak. Tp outing bersama kuarga di Kedah kali ni best macam outing2 yg lain. Ntah bila leh kumpul ramai2 camni lagi.

1 comments:

HEMY April 9, 2010 at 11:40 AM  

Amsari takde kat gambar last...hmmmm..nnt aku upload yg ada gambar dia

Post a Comment

There was an error in this gadget

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP