Kemaafan Syawal

>> 9.24.2009

Bulan Ramadhan yg barakah sudah berlalu...kita sudah cuba utk mengisinya dengan sebaik mungkin utk mendapat sbyk mana ganjaran yg julung2 kalinya dikurinakan oleh Allah pada kita. Aidilifitri yg menjelang pastinya disambut girang oleh kebanyakan orang termasuk aku. Aku pny alasan tersendiri utk begitu menanti2kan kehadiran syawal.

Seperti biasa Aidilfitri begitu sinonim dengn kemaafan. Dlm setahun, ia merupakan satu2nya masa yg terbaik utk seluruh umat islam di serata dunia utk bermaaf2an sesama mereka. Jika ingin diharap waktu2 yg lain..pasti agak sukar meluahkan pohonan maaf pada org lain.

Keluarga aku, seperti org2 lain juga. Tradisi bermaaf2an sesudah usai bersembhyag sunat hari raya begitu lazim di hati kami. Kami akan berkumpul utk saling bermaaf2an. Ini lah masanya tanpa dipaksa linangan air mata mula bertakung di kelopak mata masing2.



Embah lanang (atok) yg begitu sayu tatkala emak meminta kemaafan dr nya. Terngiang takbir embah lanang waktu sihatnya dia.



Abah yg menyusul..meminta keampunan dr nenek..



Lama sudah nenek tidak mencurah rasa kasih sedemikian jelas pada embah lanang. Sebak bila aku merakam saat ini.



Sbgi anak laki sulung..aku sedar byk kesilapan yg telah aku lakukan sepnjg tahun ini.



Dlm pelukan mak..aku rasa begitu selamat..tidak lagi diendah dunia luar sana



Adik aku dengan air matanya



Adik laki aku dibasahi air mata jantan. Sekeras dia, lembut juga hatinya di pagi syawal



Aku lah cucu sulung kuarga ini. Begitu bermakna ciuman nenek





Tiba2 aku didekati dan dipeluk oleh si kecil sepupu aku ni. Aku menggendong si kecil ini smbil terus bermaaf2an dengan yg lain



Adik bongsu bersama emak



Saat paling sebak buat aku. Aku ingin mengucpkan begitu tinggi terima kasih pada kakak, perngorbanan kakak selama ini. Tp tika ini, aku tidak dpt mengeluarkan suara. tersekat2 di kerongkong ku..





Adik ku yg ku rasa plg rapat dgn aku...sedih betul bila bersalaman dengan dia..







Adik bongsu ku yg byk membantu ibu dan kakak di rumah. Terima kasih Fiqah





Saat bersalaman dengan adik beradik, ibu ayah, nenek dan atok, pakcik makcik....setiap satu pnya rasa yg istimewa dan tersendiri. sebaknya berbeza.

Ya Allah aku berdoa agar aku dpt terus merasai nikmat kemaafan ini pada tahun2 yg akan datang...

selamat hari raya aidilfitri semuaaa


0 comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP